Syed Zainal - "Arwah TGNA Nasihatkan Saya Jangan Masuk Politik"


Bekas Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mendedahkan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menasihatkan beliau agar tidak menceburi bidang politik.

Sebaliknya bekas Menteri Besar Kelantan itu menyarankannya fokus kepada bidang yang sedang diceburinya ketika itu.

Cerita Syed Zainal, Allahyarham mengingatkan bahawa setiap manusia di muka bumi ini ada peranan masing-masing dan ALLAH SWT memberi sesuatu itu mengikut kesesuaian hambaNya.
“Ada satu ketika sewaktu saya masih dalam Proton, adalah keinginan untuk berkecimpung dalam politik sedikit. Orang belah kanan pun ada minta, orang belah kiri pun ada minta...menjemput saya untuk berkecimpung dalam politik. Jadi, saya pun fikir bagaimana saya nak buat keputusan, akhirnya saya pergi berjumpa Tok Guru.
“Beliau Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan ketika itu. Saya fikir nasihat beliau nanti akan bias. Dalam pertemuan itu saya tanyalah, ‘Tok Guru, ambo nak tanya sedikit. Ambo minat nak masuk politik jadi, nak tanya pandangan Tok Guru’. Dalam hati saya, beliau mesti ajak masuk Pas.
“Beliau tengok muka saya. Beliau kata senang saja, ‘Datuk tak payah masuk politik. Datuk teruskan sahaja...berdakwah, buat kereta biar pandai, comel. Jangan masuk politik. Pas pun jangan masuk, Umno pun jangan masuk’,” 
Ketika meminta Allahyarham mengulas lanjut berkaitan larangan tersebut, Nik Aziz berkata, “kalau semua orang masuk politik, siapa nak tadbir ekonomi? Kalau semua orang jaga ekonomi, siapa nak berpolitik? Jadi, Datuk buat apa yang Datuk buat.”

Menurut Syed Zainal, Nik Aziz seorang yang praktikal dan kesederhanaannya boleh dilihat oleh banyak pihak.

“Beliau tak ajak saya masuk Pas bermakna beliau itu seorang yang praktikal. Nasihat diberi itu khusus apa yang terbaik untuk saya bukan untuk dia atau parti dia.

“Setiap kali saya datang ke rumah Tok Guru dalam keuzuran itu, mesti beliau bawa makanan sendiri. Beliau bawa nasi dan hidang satu-satu. Saya kata Tok Guru tak payah buat semua ini tapi dia kata ‘eh tak apa. tetamu itu penting’,” katanya.

Mencontohi amalan Tok Guru, Syed Zainal akui mempraktikkan perkara tersebut di rumahnya sendiri.

“Mula-mula saya rasa kekok tapi lama-lama saya rasa kepuasan apabila tetamu keluar dari rumah saya dengan wajah berseri. Mudah tapi bila kita tak buat, kita tak tahu nikmatnya.

“Saya rasa ramai juga yang salah faham dengan Tok Guru ini. Sebab ilmunya dalam sangat. Kamu dengar tak faham tapi cuba dengar dan buat. Barulah kamu faham apa maksud dia yang sebenar,” katanya (SH)
Syed Zainal - "Arwah TGNA Nasihatkan Saya Jangan Masuk Politik" Syed Zainal - "Arwah TGNA Nasihatkan Saya Jangan Masuk Politik" Reviewed by BANkami Blog on May 29, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. Kalau ko join politik. skrng ni aku rs dah masuk penjara kot. hahahaha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.