Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar membuktikan rakyat menolak pungutan suara dan deklarasi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kedua-dua PRK itu menjadi luar biasa kerana pembangkang khususnya Dr Mahathir menjadikannya platform bagi mendapatkan pungutan suara mengenai kepimpinannya (Najib).
"Dia (Dr Mahathir) berkempen secara terbuka supaya pengundi menolak BN tetapi dengan kemenangan dan peningkatan majoriti berlipat ganda kepada BN, terbukti apa yang disarankan itu, ditolak oleh rakyat.
"Kalau pungutan suara, deklarasi rakyat kononnya dapat banyak pihak menyokong tetapi ia tidak diterjemahkan dalam bentuk Pilihan Raya Negeri Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Tapak Maju Ternak, Kampung Staponal, Batu Jong di Kuala Krai, semalam.Sabtu lalu, BN menang dengan majoriti lebih besar pada PRK Kuala Kangsar dengan meraih majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 undi pada pilihan raya umum 2013 dan memperoleh majoriti 9,191 undi di Sungai Besar berbanding majoriti 399 undi pada 2013.
Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata:
"Kita iktiraf bukan melalui pungutan suara, melalui cara yang tidak sah. Ini kerana tidak ada kesahihan tandatangan (deklarasi rakyat) dan sebagainya. Cuma yang sah ialah proses mengikut undang-undang negara dan Perlembagaan negara iaitu melalui pilihan raya sama ada pilihan raya umum, negeri dan kecil,"Perdana menteri berkata dengan kemenangan itu, kerajaan BN akan meneruskan dasar-dasarnya untuk membawa kemajuan, kemakmuran dan kestabilan negara kepada rakyat.
Ditanya apakah iktibar kemenangan itu kepada Dr Mahathir, beliau berkata:
"Lebih kerap Tun Mahathir turun (berkempen), (ia) lebih menguntungkan BN, saya harap beliau jangan berhenti turun (berkempen) lagi."Ditanya adakah dengan kemenangan besar PRK berkenaan beliau berhasrat mempercepatkan Pilihan Raya Umum Ke-14, Najib berkata banyak perkiraan perlu dibuat sebelum pilihan raya umum boleh diadakan.
"Biarlah sehari dua ini kita hayati kemenangan dan seronok sikit, jangan lama sangat seronok kerana banyak tugas yang patut dilakukan untuk kita terus berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat.
"Saya hendak kita jangan terbawa-bawa dengan kemenangan ini, kita mesti bawa sikap rendah diri, sikap mendekati rakyat, sikap rajin membantu rakyat, kalau kita pegang pada prinsip ini, sokongan kepada BN akan terus meningkat,"Najib juga berkata pihaknya akan membuat analisis mendalam mengenai kemenangan BN pada kedua-dua PRK itu.
- Bernama
2 Comments
Bak kata pepatah melayu. Bersatu kita
ReplyDeleteNampaknya ramai blogger dah hentam pembangkang !!!! hahahaha... Bagus jugak, biar depa reti dan faham ape itu perjuangan sebenar.. Depa ingat rakyat akan ikut jer telunjuk depa yang asyik duk berbalah tak tentu pasai!!!
ReplyDelete