Polis Rampas Trak Pelancar Roket Zawara Coffee


Polis merampas sebuah kenderaan mirip trak tentera lengkap dengan dua pelancar roket tiruan yang digunakan untuk mempromosi sebuah jenama kopi di Cyberjaya kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu polis turut menahan dua lelaki, masing-masing berusia 28 dan 24 tahun untuk diambil keterangan.

Beliau berkata rampasan itu dilakukan susulan maklumat orang awam bahawa terdapat sebuah 'trak tentera' berpelancar roket berkeliaran di kawasan Cyberjaya.

"Kenderaan yang dimaksudkan berjaya dikesan di Jalan Semarak Api berhampiran Universiti Multimedia Cyberjaya.

"Kenderaan itu diarahkan berhenti untuk pemeriksaan dan didapati terdapat dua lelaki di dalam kenderaan itu.

"Kedua-dua lelaki itu ditangkap dan trak tersebut dibawa ke Balai Polis Cyberjaya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Aziz berkata siasatan terhadap dua lelaki terbabit mendapati kenderaan itu dibeli secara tender dan telah diubah suai untuk gimik perniagaannya.

Beliau berkata dua lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.

Gambar trak berkenaan turut disiarkan di laman sosial Facebook syarikat kopi berkenaan.

(Malaysiakini)
Polis Rampas Trak Pelancar Roket Zawara Coffee Polis Rampas Trak Pelancar Roket Zawara Coffee Reviewed by BANkami Blog on July 21, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. Elok juga dirampas, kalau jatuh ke tangan IS dan Daesh kan bahaya, agak-agakla
    Zawara nak promote kopi pun!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.