Polis Pokemon, Hanya Di Thailand


Pihak berkuasa Thailand mengambil langkah mewujudkan pasukan polis khas ‘Pokemon Go’.

Memetik laporan portal berita Channel NewsAsia.com, langkah tersebut bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya disebabkan oleh aplikasi Pokemon Go yang meningkat popular di negara tersebut.
Menurut pemangku ketua polis Thailand, Sanit Mahathavorn, pasukan khas seramai 50 pegawai akan ditugaskan meronda di jalan raya utama di ibu kota Bangkok bagi mencegah orang awam menangkap watak-watak Pokemon di lokasi-lokasi yang sibuk dan penuh sesak.‎
Polis juga akan menyasarkan operasi mereka terhadap para pemain di kawasan-kawasan utama yang ramai pengunjung dan pelancong seperti Sukhumvit dan Phaya Thai.

Menurut pihak berkuasa, jumlah nahas jalan raya di kawasan-kawasan yang dikaitkan dengan permainan Pokemon Go kini semakin meningkat.

Para pegawai bagaimanapun tidak dapat memberikan banyak maklumat tentang kemalangan yang dilaporkan.

Post a Comment

1 Comments