"Cakk!! Kejutan untuk kamu yang dikasihi. Jangan marah. Jangan terperanjat. Selamat ulang tahun! Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu. Moga dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kerana banyak menyumbang sisi positif dalam hidup saya. "Mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan kamu. Semoga tahun ini akan menyerlahkan keriangan yang tak bernoktah dan memori yang indah," tulis Erra di laman Instagramnya sekitar 15 jam lalu.Gambar yang dimuat itu mendapat lebih 5,000 'like'. Malah, ia turut menerima maklum balas lebih 300 komen selain usikan daripada peminat Erra.
Sementara itu, perhubungan antara kedua-duanya terus menjadi teka-teki apabila masing-masing lebih mengambil pendekatan selamat dalam membuat ulasan berkaitan perkara berkenaan. Hubungan Erra dan Shahir hangat diperkatakan apabila kedua-duanya mula rapat sejak dua tahun lalu.
BH
0 Comments