Seperti ahli botani Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menggambarkan parti itu seperti sebatang pokok. Dan tidak perlu terlalu bimbang jika satu daripada ranting atau buahnya mengalami masalah.
"Kita melihat sebatang pokok. Mengapa kita perlu berbincang tentang sebatang ranting atau sebiji buah? (Saman sivil Jabatan Kehakiman AS) itu hanya sebatang ranting. Yang kita bimbang jika pokok itu mati," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.Annuar sebelum itu ditanya sama ada Umno akan membuat penerangan mengenai saman sivil difailkan Jabatan Kehahiman (DOJ) AS berhubung pelbagai aset didakwa diperoleh melalui salah guna wang 1MDB.
Umno dijadual membuat jerayawara (roadshow) di seluruh negara mulai 7 Oktober ini bagi menjelaskan pelbagai isu semasa berkaitan parti berkenaan kepada orang ramai.
Sebelum itu Annuar mengumumkan Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat lalu memutuskan tiba masa untuk parti itu mengubah cara menghadapi serangan lawan daripada bertahan kepada menyerang.
Ia katanya dianggap sebagai "perang persepsi" menghadapi dakyah disebar pembangkang.
Mengulas lanjut mengenai program jerayawara itu Annyar berkata penting untuk orang ramai diberitahu mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara ini.
"Ia mesti dilakukan sekarang. Kita nak lihat semua jentera Umno bangkit di semua peringkat," katanya.
Annuar yang juga anggota parlimen Ketereh berkata usaha itu akan dikembangkang ke semua parti komponen BN.
"BN mesti menampakkan diri sebagai satu pasukan yang bersatu," katanya.
MK
0 Comments