Azmin Ali - "Bonus 2 Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Negeri Selangor"


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Azmin Ali mengumumkan bahawa penjawat awam di seluruh negeri akan menerima bantuan khas kewangan dua bulan gaji.

Beliau berkata demikian sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
“Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji di mana pembayaran pertama telah pun dibuat pada 1 Julai 2016 lalu dengan peruntukan kewangan sebanyak RM57.25 juta. Baki lagi setengah bulan lagi akan dibayar pada hujung Disember kelak untuk memudahkan penjawat awam menyediakan persediaan persekolahan anak-anak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
Pada 2016, satu bulan setengah gaji dengan peruntukan kewangan sebanyak RM44.1 juta dikeluarkan bagi tujuan pembayaran bantuan kewangan.

SH
Azmin Ali - "Bonus 2 Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Negeri Selangor" Azmin Ali - "Bonus 2 Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Negeri Selangor" Reviewed by BANkami Blog on October 31, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.