Status Rasis Nik Abduh "Bangsa Kedah"



Bahang kemenangan Kedah menjulang Piala Malaysia 2016 selepas berjaya menumpaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Sham Alam, malam tadi masih dirasai.

Kemenangan Kedah bukan sahaja membantutkan impian Selangor untuk melakar kejayaan ke-33 dalam saingan tersebut, bahkan memberi tamparan hebat kepada skuad Red Giants kerana tewas di gelanggang sendiri.

Namun, apa yang lebih memberi tamparan dan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial adalah status ucapan tahniah yang dimuat naik Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di laman Facebooknya, 12 jam lalu.

Catatan ringkas Nik Abduh, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu jelas ditujukan kepada pasukan Kedah dan seluruh rakyat negeri itu susulan kemenangan pasukan hijau kuning menjulang Piala Malaysia buat kali kelima.
“Tahniah untuk negeri Kedah! Bangsa Kedah,”
Bagaimanapun, status beliau menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial berikutan gelaran ‘bangsa Kedah’ yang ditulis Nik Abduh itu disifatkan berunsur sinis, dipercayai memerli pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Umum sedia maklum bahawa Johor sebelum ini memperkenalkan istilah Bangsa Johor bagi memperkuatkan kesatuan rakyat negeri itu.

Malah, istilah tersebut dilihat semakin sinonim dan meresap ke dalam arena bola sepak selepas pasukan JDT menunjukkan prestasi memberansangkan dan berjaya melakar pelbagai kejayaan termasuk menjuarai Piala AFC 2015.

Susulan itu, rata-rata pengguna Facebook terutamanya dalam kalangan rakyat negeri Kedah memberi reaksi pelbagai terhadap status Nik Abduh.
“Terima kasih ustaz..oghang (orang) Kedah ja ustaz, bbukan bangsa Kedah tinggi sangat level bangsa tu ustaz. kami besa2 (biasa-biasa) saja,” tulis pengguna Facebook Shamshinar Quraiza.
“Jangan panggil bangsa-bangsa, tak suka dengar dan baca. Orang Kedah sederhana saja...,” tambah Rauziah Mohd Ayob.
Mohd Kamal pula berkata: “Terima kasih ustaz…tapi panggil oghang Kedah ja. Bangsa belah-belah Singapore nu…”
Manakala Helmi Alizan menyifatkan status Nik Abduh memberi maksud yang mendalam.
“Ayat tu tajam dalam...hahaha...ayahku orang Kedah.”
Bagaimanapun, segelintir netizen turut melahirkan perasaan kurang senang dengan kenyataan Nik Abduh.
“Apahal dengan anak (Allahyarham) tok guru ni... Nak mainkan isu bangsa-bangsa plak. Ko pergi la buat bangsa Kelate (Kelantan) mu dulu, tak payah nk cacarmerba sgt,” tulis pengguna Facebook Hye Wolf.

MI 
Status Rasis Nik Abduh "Bangsa Kedah" Status Rasis Nik Abduh "Bangsa Kedah" Reviewed by BANkami Blog on October 31, 2016 Rating: 5

3 comments:

  1. Kalau bab nak pecah belahkan bangsa Melayu dan umat Islam, PAS adalah juaranya. Kalau nak pecahkan bangsa Malaysia, umnolah yang terunggul.

    ReplyDelete
  2. tak usah di layan sangat kata2 nik abodoh nii....glamour saja lebih ..konon warak

    ReplyDelete
  3. Kesian PAN Imayam Blogger...takda isu nak reka isu...ni semua hasil didikan Tok-Tok Guru DAPig!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.