Gantung Persekolahan Setahun Kepada Pembuli, Selesai Masalah?


Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan tegas itu perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar.
“Ini peringkat cadangan kementerian, namun sudah sampai masanya kita mengenakan tindakan tegas agar isu buli tidak berpanjangan. Saya berpendapat isu buli sudah semakin serius dan perlu kita bendung segera dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik,”
Beliau merasmikan Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Bantuan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) serta Laman Kebun Risda Daerah Padang Terap hari ini.

Mahdzir berkata cadangan itu akan membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelajar yang digantung tetapi bakal menduduki peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia boleh menduduki semula peperiksaan mereka selepas tempoh penggantungan selesai.
“Semasa tempoh penggantungan, pelajar tersebut akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah,”
Beliau berkata pada masa yang sama, kementerian bersedia untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak terhadap cadangan berkenaan.

“Kita faham akan ada pihak yang tidak bersetuju dan kita bersedia untuk mendengar pandangan pihak lain sebelum keputusan muktamad dibuat,”
Mahdzir berkata sekiranya cadangan itu dipersetujui, kementerian mungkin akan melaksanakannya pada Januari tahun hadapan.

Beliau juga berkata pihaknya tidak bercadang untuk memberhentikan terus pelajar dari sekolah demi masa depan pelajar itu sendiri.

FMT
Gantung Persekolahan Setahun Kepada Pembuli, Selesai Masalah? Gantung Persekolahan Setahun Kepada Pembuli, Selesai Masalah? Reviewed by BANkami Blog on October 16, 2016 Rating: 5

6 comments:

  1. salam tuan blog tuan telah dilinkkan di cananglahnie

    ReplyDelete
  2. Blog Bankami gelah di link kan ke blog: http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Blog Bankami gelah di link kan ke blog: http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,

    cananglahnie dah di-link-kan ke blog

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Tuan,

    Saya tak nampak blog saya http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my di blog tuan.

    ReplyDelete
  6. Salam tuan,

    cananglahnie dah di-link-kan ke blog

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete

Powered by Blogger.