Sebab Ni PAS Tak Join Bersih 5 ?


Kadang aku tak faham dengan tindakan PAS pada hari ni. Adakah mereka bertindak sebagai pembangkang ataupun sekadar pemecah kepada pembangkang yang ada. Memang tak nafi, perjuangan yang diperjuangkan pembangkang pada hari ini lebih menjurus kepada menjatuhkan umno nak menuntut keadilan terhadap segala salah laku yang dibuat dari pemimpin terdahulu sampai sekarang, paling tak masuk akal 1MDB.

Dalam 1MDB, PAS dilihat hanya menjadi penonton. Perhimpunan bersih 5 pada kali ini juga menuntut supaya penjenayah 1MDB ditangkap, rakyat malaysia seolah sudah sifar idea untuk menuntut kerajaan supaya menangkap MO1. Jika PAS mempunyai alternatif lain supaya #1MDB diselesaikan dan #MO1 ditangkap. Kami juga nak tahu alternatif tersebut!

Rujuk Malaysiakini

PAS memutuskan tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan hujung bulan depan, walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti Islam itu pada masa kini.
"Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa Pas sekarang," katanya.
Namun Takiyuddin berkata ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi.
"Ahli-ahli mungkin akan pergi itu, kita belum buat arahan lagi sama ada mahu benarkan atau tidak," katanya kepada Sinar Online.
Sementara itu, beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan PAS seolah-olah kini 'bersama BN' sekiranya tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5.
"Tidak semestinya begitu, kita tidak sokong satu pihak itu bermakna kita menyokong pihak lain, itu teori yang tidak boleh di pakai semua keadaan, macam PAS pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kita masuk bertanding menentang BN," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengumumkan pihaknya akan menganjurkan himpunan itu bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.

Post a Comment

0 Comments