Sadis! Nota Bayi


Polis giat menjejak individu yang bertanggungjawab meninggalkan seorang bayi lelaki di dalam kotak di hadapan sebuah masjid di Taman Melawati, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, siasatan dan operasi untuk mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan.

Menurutnya, kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak membuang kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua belas tahun.
"Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau sebat  atau dengan kedua-duanya.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian terbabit diharap tampil agar menyalurkan kepada pihak polis dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini," katanya.
Sebelum ini, penemuan bayi lelaki tersebut telah tersebar viral dalam laman media sosial.

Polis telah menerima panggilan kira-kira jam 8.23 malam hari kejadian sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Bayi tersebut didapati dalam keadaan baik dan pemeriksaan menjumpai sekeping nota yang diletakkan di dalam kotak bersama bayi tersebut.

SH

Post a Comment

0 Comments