Sekolah Agama Berasrama Bukan Penyelesaian "Pelajar Bermasalah" !


Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mempersoalkan sikap sesetengah ibu bapa yang menganggap menghantar anak mereka yang bermasalah ke sekolah berasrama, terutama yang mengutamakan kurikulum agama, sebagai jalan penyelesaian.
“Tolong, tolong, tolong, jangan keliru dan percaya yang anak anda yang bermasalah akan pulih sekiranya dihantar ke sekolah agama,” 
Malah, katanya, anak itu akan hanya menyusahkan anak lain.
“Minta maaf. Masalah bermula di rumah. Dan perlu ada guru yang betul-betul berdedikasi membantu kanak-kanak itu, bersama ibu bapanya.”
Komen itu susulan laporan pendakwah selebriti Datuk Mohammad Kazim Elias menghantar surat tuntutan permohonan maaf kepada seorang ibu yang mendakwa anaknya menjadi mangsa pencabulan seks di sebuah sekolah agama kendaliannya.

Syed Azmi berkata murid berlainan umur di sekolah berasrama perlu diasingkan dan aktiviti mereka dipantau kamera CCTV.
“Saya faham, ia menakutkan, tetapi percayalah, peratusan kanak-kanak (menjadi mangsa pencabulan) adalah kecil, atau boleh menjadi kecil sekiranya kita bekerjasama,” kata Syed Azmi, yang menambah beliau juga bekas pelajar sekolah asrama..

FMT 

Post a Comment

0 Comments