Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan manifesto parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ia termasuk mendapatkan semula setiap sen yang didakwa "dicuri" daripada 1MDB dan kerajaan jika menang, katanya.
"Kita akan siasat dengan teliti dana 1MDB yang telah disalahgunakan.
"Kita akan buru setiap sen dari 1MDB dan kerajaan yang (didakwa) mencuri, yang kita tahu ada di tangan individu tertentu,"Pada majlis itu, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata, pihaknya akan memastikan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB dapat dikembalikan ke Malaysia, sesuatu yang BN gagal untuk lakukannya sehingga hari ini.
Jelas beliau, jika mereka diberikan mandat untuk memerintah, beliau mahu membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat 1MDB dan untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Muhyiddin juga berkata, kebimbangan utama rakyat sekarang ialah ekonomi, justeru, dasar-dasar ekonomi negara akan diteliti semula bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat dan menumpukan pada pemulihan ekonomi negara.
Sementara itu, Mahathir berkata, BERSATU akan menghapuskan GST secara berperingkat-peringkat yang akhirnya digantikan dengan cukai jualan.
MK
0 Comments