Duta Korea Utara Tuduh Malaysia HINA Kedaulatan Republik Korea


Kedutaan Korea Utara menuduh Malaysia sebagai "amat menghina" kedaulatan republik itu berhubung siasatan mengenai pembunuhan Kim Jong-nam.

Jawapan itu diberikan ketika Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan kenyataan Duta Korea Utara Kang Chol yang menuduh Malaysia tidak bersikap adil dalam penyiasatan berkenaan sebagai "penghinaan" manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar duta itu kerana ‘kebiadapan diplomatik’.

Dalam satu kenyataan petang ini, Pyongyang menuduh Malaysia cuba menuding jari kepada Korea Utara, antara lain, dengan menamakan dan mengenal pasti si mati seperti yang didakwa oleh Korea Selatan.

Ia juga tidak berpuas hati dengan tindakan Putrajaya yang meminta waris terdekat si mati untuk memberikan sampel DNA bagi tujuan mengesahkan identiti mangsa secara positif.
"Ini amat menghina kedaulatan Republik Rakyat Demokratik Korea, satu tindakan menyalahi undang-undang antarabangsa dan adat resam serta keistimewaan diplomatik. Pada masa sama Malaysia bersekongkol dengan dakwaan Korea Selatan," katanya.

MK

Post a Comment

1 Comments