Ku Nan Melobi Pulau Tioman, Apakah Sultan Pahang Setuju ?


Hasrat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadikan Pulau Tioman sebahagian Wilayah Persekutuan tidak akan berjaya jika tidak mendapat persetujuan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
“Sesiapa sahaja boleh mengemukakan idea dan cadangan. Dasarnya adalah, semua pihak berkepentingan perlu bersetuju,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. “Paling utama, Sultan Pahang mesti bersetuju dengannya.
“Jika tidak, langsung tak boleh jalan,” katanya kepada FMT.
Tengku Adnan, sebelum ini menyatakan Pulau Tioman, selain Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka sesuai dijadikan sebahagian Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan berkata 4 wilayah tersebut jika ditadbir terus oleh Putrajaya akan menyaksikan kemasukan pelaburan di samping nasib setiap kaum terbela.

Hasrat itu bagaimanapun mengundang bantahan daripada pemimpin Pulau Pinang dan Kedah.
FMT melaporkan Exco Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain menyifatkan cadangan Tengku Adnan itu sebagai tidak masuk akal.

Manakala Bernama memetik Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron sebagai berkata langkah itu akan mengambil masa 50 hingga 100 tahun untuk direalisasikan.

FMT

Post a Comment

0 Comments