Mangsa Kata Pemandu Main Telifon, Polis Nafi | Ibubapa Pulak Apa Tindakan?


Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka
maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat Johor Bahru, awal pagi tadi, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.

"Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis," katanya kepada Bernama, ketika dihubungi di Johor Bahru hari ini. Malaysiakini
Mangsa Kata Pemandu Main Telifon :
Muhammad Zulfadli berkata dia mengayuh basikal dari rumahnya di Stulang Baru di sini, sebelum bertemu dengan rakan-rakan di lokasi kejadian.

Katanya sejurus selepas rempuhan itu dia melihat beberapa rakannya terbaring di atas jalan dengan ada yang sudah tidak bergerak.

Muhammad Zulfadli yang aktif dalam kegiatan berbasikal lewat malam itu sejak dua tahun lepas turut mendakwa melihat pemandu kereta terbabit menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Remaja yang bekerja sebagai tukang cat itu mengalami patah kaki kanan akibat kejadian bagaimanapun bersyukur kerana terselamat. Hmetro