Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kesal dengan tindakan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos “mengeksploitasi” aset masjid untuk tujuan demonstrasi.
Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, tindakan Jamal bersama penyokongnya telah mencemarkan kemuliaan institusi masjid.
"JAIS amat kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab kerana telah mengeksploitasi kemudahan masjid bagi tujuan demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tindakan beberapa individu ini telah mencemarkan kemuliaan institusi masjid," MKSelasa lalu, Jamal membawa berbelas-belas van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur di depan pejabat SUK.
Beliau hadir membuat gimik berkenaan setelah mengesyaki terdapat penyelewengan beberapa program kebajikan negeri, termasuk skim khairat kematian.
Siasatan awal JAIS mendapati terdapat unsur manipulasi dan mengambil kesempatan ke atas pihak pengurusan van jenazah dalam demonstrasi berkenaan.Katanya, mendedahkan terdapat individu yang mendakwa daripada “Gabungan NGO Selangor” telah menghubungi masjid untuk menyewa van jenazah bagi tujuan antaranya pengambaran.
"Beberapa individu yang mendakwa dari gabungan NGO Selangor telah menghubungi pihak masjid untuk menyewa van jenazah bagi tujuan antara lain untuk sesi pengambaran, kempen anti-judi, pameran dan sebagainya," katanya lagi.Sehubungan itu, Haris memohon agar semua anggota jawatankuasa masjid lebih berhati-hati di masa hadapan dan menyemak terlebih dahulu program yang bakal dilaksanakan agar tidak disalah guna di masa akan datang.
MK
2 Comments
Apa bendelah si Jamal ni -.-, huh.
ReplyDeleteJamal2... nak tuduh orang menipu bila diri sendiri pun menipu.. huhu
ReplyDelete