Cadangan Baru Nazri Debat Dengan Tun Mahathir, Khalid Sebagai Pemudah Cara Debat



Menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan debat antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad dilangsungkan di pejabat Sinar Harian di Shah Alam pada 7 April depan.

Nazri berkata, harian itu sedang dalam proses menghubungi bekas perdana menteri berkaitan cadangannya itu, sekali gus memaklumkan kepada polis.

Sementara itu, Nazri juga mencadangkan anggota parlimen Shah Alam merangkap pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad untuk menjadi pemudah cara debat itu.

Beliau percaya Khalid akan dapat memastikan kelancaran acara itu walaupun mereka berlainan fahaman politik.

Mahathir hari ini berkata Nazri mempunyai masa sehingga tengah hari esok untuk mengatur debat bersama beliau.

Debat yang dinanti-nantikan banyak pihak itu dijadualkan berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Sabtu ini.

Persoalan berlegar-legar mengenai nasib debat tersebut setelah polis Perak tidak membenarkan debat itu diteruskan.

Nazri pula sebelum ini bertegas mahu tetap hari di tempat itu, Sabtu ini kerana Malaysia bukan 'negara polis'.

MK

Post a Comment

0 Comments