Harapan Setuju 1 Logo & Terima Bersatu Sebagai Pakatan Harapan


Pakatan Harapan sebulat suara menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai anggota terbaru gabungan itu.

Keputusan itu diumumkan selepas majlis presiden gabungan itu memutuskan perkara itu dalam mesyuarat hari ini.
"Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada BERSATU untuk memaklumkan perkara tersebut," menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Sementara itu, HARAPAN juga bersetuju untuk mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.

"Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru," kata mereka.
Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencadangkan nama dan logo baru untuk gabungan terbesar pembangkang itu bagi memudahkan mereka berdepan BN dalam pilihan raya.

MK

Post a Comment

4 Comments

  1. Bagus MahaKUTTY! Lepas ni jangan sibuk bagi DEADLINE kat PAS lagi ya!! Kau pulak MoohYIDEEn kempunan lar nak jadi PM!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm pas pulak siapa bleh jadi bakal PM. Ke kekalkan najib?

      Delete
    2. Bila masa Najeebool masuk PAS?

      Delete
    3. PAS xde calon PM. Bertanding sekadar jd penasihat.

      Delete