Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ada lagi sebab mengapa pembangunan mega itu dipersoalkan; antaranya berkaitan soal penghuni Forest City.
Beliau mendakwa, mereka dibenarkan tinggal secara kekal di Forest City, malah tiada syarat melarang mereka daripada menjadi warganegara Malaysia setelah tinggal sekian lama.
Menurutnya, oleh kerana Forest City ini berada dalam Malaysia, tidak ada sekatan bagi penduduknya memasuki mana-mana kawasan di Malaysia, namun mereka perlu visa jika ingin ke Singapura.
"Forest City akan diduduki hampir 90 peratus oleh orang asing dan diberi status bebas cukai. Status bebas cukai Langkawi sudah ditarik balik kerana merugikan kerajaan.
"Tetapi mereka yang akan mendiami Forest City, kebanyakannya orang asing akan menikmati status bebas cukai apabila barangan import dari mana-mana termasuklah negara mereka sendiri," tulisnya pada satu catatan di blognya, chedet.cc.Beliau berkata, mengikut undang-undang Malaysia, selepas 12 tahun, mereka berhak menjadi warganegara Malaysia dengan hak mengundi.
"Tidak ada jaminan ini tidak akan berlaku. Bahkan dengan sokongan orang kuat, masa boleh dipendekkan," katanya.Mahathir juga menepis dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai status hartanah tersebut.
"Sepanjang jalan terdapat papan tanda dengan tulisan 'Hartanah Hak Milik Kekal'.
"Tetapi Najib mendakwa tanah yang dijual kepada syarikat negara China ini hanya sebagai leasehold 99 tahun sahaja. Najib berjanji selepas 99 tahun kita akan dapat semula tanah kita. Tetapi papan tanda kata lain," katanya.Jelasnya, Najib sebenarnya boleh membatalkan syarat freehold kerana ia bertentangan dengan dasar negara, kerana semua hak milik tanah baharu mestilah leasehold antara 30, 66, 90 atau 99 tahun.
"Ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka diberi secara kekal (freehold) tetapi gagal. Tetapi nampaknya orang asing boleh dapat secara kekal," katanya.
SH
0 Comments