Ini Penjelasan Status Tanah Hak Milik Kekal "Forest City"


Ahli Parlimen Sekijang Anuar Manap memperjelaskan kenyataannya semalam berhubung status hak milik kekal tanah di Forest City.

Katanya, hartanah berkenaan dibina di atas tanah tambak.
"Ia dibina di atas tanah tambak. Forest City tidak mengambil tanah yang sedia ada dan menjadikannya sebagai tanah strata. Mereka tambak, ia tidak wujud sebelum ini," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat pembeli Malaysia yang akan memiliki rumah di situ. Justeru, tuduhan menjual 'tanah' Johor kepada warga asing tidak timbul.
"Katakan terdapat 100 buah rumah, tidak semua pemilik adalah warga asing. Kerana ini adalah hartanah strata, ia adalah tanah yang dikongsi, bukan milik warga asing," katanya.
Mengenai kenyataan awalnya, semalam, Anuar mengakui beliau tidak menjadikan dirinya jelas dan ini membawa kepada kekeliruan.

Dalam laporan sebelum ini, ahli parlimen Umno itu dipetik sebagai berkata bahawa status pegangan kekal adalah hanya untuk hak milik strata dan bukannya tanah.

Beliau menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cuba untuk memprovokasi rakyat yang tidak mempunyai pemahaman betul tentang isu itu kerana ketandusan isu.

Dalam tulisan di blog, Mahathir memuat naik gambarnya bersebelahan papan tanda yang mengiklankan hartanah hak milik kekal dan mendakwa ini bercanggah dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MK

Post a Comment

3 Comments

  1. Woi magkok, tanah dan perairan adalah dalam linkungan milik negara adalah hak negara. hang ni duduk di alam Avatarkah ? Apa jadahnya dulu tanah tu tak wujud tapi ditambak dan apa pula halnya dulu wujud sekarang dah terhakis dan aku nak hang pikiaq bahawa tempat dulunya ada rumah diatas sebidang tanah, bila berlaku proses hakisan tanah dilaut atau dimuara sungai hakis dikatakan kerana global warming,. habis hal begini diam bingung biul biat saja.Hang ni membuta peruytk juga buta kepala otak hang demi kepentingan politik dan biar orang lain mampus, juga bakal zuriat hang mampos sama.

    ReplyDelete
  2. Jangan terkejut. Boleh lepas ni tambak laut buat banyak2 pulau buatan. Kasi satu pulau sama penduduk negara luar duduk. Orang China satu pulau. Orang Korea satu. Orang putih satu. Bangla satu. Burma satu........

    Punya miskin dan nakkan duit...

    GILA!!!

    ReplyDelete
  3. INI MENTRI MUSIBAT NAMANYE

    ReplyDelete