H5N1 - Petanda Allah Untuk Pemimpin Islam Kelantan


Virus H5N1 yang dikatakan semakin merebak di kelantan memaksa segala jentera bertungkus lumus memastikan wabak H5N1 dapat dikurangkan atau dihapuskan. Mungkinkah ia satu petanda kepada setiap pemimpin islam dikelantan tidak kira PAS, PAN, PKR, UMNO supaya tidak terlalu rakus memperjudikan nasib rakyat dan mempergunakan islam untuk menutup kemungkaran yang dibuat.

Umum sedia maklum PAS begitu mesra dan seolah menerima segala kepincangan yang dibuat oleh UMNO, manakala PAN, PKR pula bersedia bersekongkol dengan golongan anti islam. Disebabkan perkara tersebut kelantan pada masa kini seolah menjadi kerusi panas perebutan samada menggantikan kerajaan PAS dengan AMANAH atau kekal dibawah kepimpinan PAS yang semakin membisu dengan masalah ekonomi rakyat.

Dua Lokasi Baru H5N1 Di Pasir Mas - MK
Dua lokasi baharu dikenal pasti positif wabak selsema burung (H5N1) di Pasir Mas sejak semalam, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK).

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata operasi pemantauan membabitkan pengambilan 10 sampel daripada dua pemilik unggas telah dilakukan dan turut melupuskan 554 ekor ternakan dan 415 biji telur di dua lokasi berkenaan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut dua lokasi baharu yang positif dengan wabak terbabit.

"Secara keseluruhan, sehingga 17 Mac, 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 di enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (enam lokasi), Tumpat (tiga lokasi), Tanah Merah (satu lokasi), Bachok (satu lokasi) dan Pasir Puteh (tiga lokasi), membabitkan 43 premis.

"Jumlah pelupusan adalah 30,927 ekor ternakan dan 11,804 biji telur. Sebanyak 3,012 sampel turut diambil daripada 502 pemilik," menurut JPVK.

Kenyataan itu turut menyebut pasukan petugas digerakkan dengan segera untuk menangkap dan melupuskan kesemua unggas di dalam radius 1 kilometer (km) daripada setiap lokasi yang dikesan penyakit, dan dalam masa yang sama pasukan pemantau aktif digerakkan di kawasan 1 hingga 10 km radius daripada setiap lokasi kejadian penyakit.

Menurut JPVK, wabak kini sedang dikawal di dalam radius 30km dari lokasi Kampung Pulau Tebu yang membabitkan enam jajahan yang terlibat dengan H5N1.

"Di dalam pemantauan aktif ini, pemerhatian klinikal terhadap semua unggas dilakukan dan pengambilan sampel calitan kloakal dan karkas (jika terdapat kematian) diambil.

"Sampel-sampel tersebut dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh, Perak untuk ujian pengesahan kejadiran virus avian influenza," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPVK turut memaklumkan tiada ladang ternakan ayam komersial di dalam 10 km radius kawasan pengesanan penyakit serta langkah-langkah tambahan dikuatkuasakan termasuk pembasmian kuman di premis yang dijangkiti, kawalan pergerakan dan kuarantin zon jangkitan selama 42 hari.

"Keadaan adalah terkawal dan terhad kepada kawasan yang dijangkiti dan melibatkan ayam kampung dari penternak kecil-kecilan sahaja dan sekatan jalan raya dikendalikan sebagai kawalan pergerakan unggas daripada negeri Kelantan di empat lokasi strategik.

"Setakat ini tiada kes jangkitan dikesan di kalangan manusia dan ayam pedaging serta telur yang dimasak adalah selamat untuk dimakan. Orang ramai diminta untuk melaporkan kepada Jabatan Veterinar yang terdekat jika ada apa-apa kejadian kematian ayam," menurut kenyataan itu.


Dilapor kerajaan negeri Kelantan pada 15 Mac lepas mengisytiharkan wabak selesema burung (H5N1) sebagai bencana negeri selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas.

Post a Comment

0 Comments