Macam Mana 69 Peralatan Sistem Biometrics Berharga RM 3,553,500 Boleh Hilang?


Jabatan Imigresen masih gagal mengesan 69 sistem biometrik dibeli oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memproses warga asing, dedah laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Kehilangan mesin pembaca biometrik Sagem itu, adalah antara 200 peralatan yang dibeli oleh Kementerian Dalam Negeri pada harga RM10.3 juta pada tahun 2010 - pada asalnya untuk Sistem Imigresen Malaysia (myIMMS)
200 alat biometric = RM10.3 Juta
1 alat biometric = 10300000 / 200 = RM 51500

Kalau 69 peralatan sistem biometrik tu hilang.. Bermakna jumlah kerugian duit kerajaan sebanyak RM 3,553,500. Boleh tahan jugak. Macam mana boleh hilang? Hilang atau barang tidak dibeli?

Laporan Ketua Audit Negara 2015 menyatakan bahawa peralatan biometrik itu telah dibayar dan diperolehi, tetapi tidak pernah dipasang di pintu masuk negara.

Dalam laporan PAC yang dibentangkan hari ini, Kementerian Dalam Negeri menjelaskan bahawa peralatan itu tidak dipasang di pintu masuk imigresen kerana pembaca Sagem tidak selaras dengan sistem sedia ada.

Sehubungan itu, pembaca itu dipindahkan ke pejabat pasport.

MK

Comments

  1. http://m.11street.my/productdetail/20-27day-delivery-free-shipping-digital-persona-25024705
    Tak sampai RM400/seunit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala... Standrd bisnes kerajaan.

      Delete

Post a Comment