Video - Asap Tebal Kebakaran Berhampiran Bangunan #BurjKhalifa


Kebakaran besar tercetus di sebuah kawasan pembinaan berhampiran pusat beli-belah terbesar di bandar itu, sehingga menyaksikan asap tebal menyelubungi tengah bandar terbabit.

Lokasi kebakaran terletak bersebelahan Dubai Mall dan berhampiran menara 63 tingkat, The Address Downtown Dubai yang musnah teruk dalam satu kebakaran, pada malam Tahun Baharu 2015.

Setakat ini, masih belum jelas bangunan mana yang terbakar, pagi tadi dan pihak berkuasa juga tidak memberikan butiran segera.

Sejak beberapa tahun lalu, kebakaran di beberapa menara pencakar langit di Dubai dan beberapa bandar berkembang pesat di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beberapa pakar bangunan dan keselamatan menyalahkan sejenis hiasan penutup bangunan popular yang amat mudah terbakar.

BH, RT


Video - Asap Tebal Kebakaran Berhampiran Bangunan #BurjKhalifa Video - Asap Tebal Kebakaran Berhampiran Bangunan #BurjKhalifa Reviewed by BANkami Blog on April 02, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.