Alasan "Perkenan Sultan" Dijadikan Alasan 3 Exco PAS


PAS terus menjadikan isu perkenan sultan sebagai alasan tiga exconya kekal dalam kerajaan Selangor bersama PKR dan DAP.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata isu peletakan jawatan tidak timbul kerana ia dilantik oleh Sultan Selangor.

Beliau menegaskan PAS tertakluk kepada undang-undang dan undang-undang tubuh negeri.
“Selagi sultan perkenan ahli exco PAS pegang jawatan, kita pegang (jawatan itu)," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai status tiga exco kerajaan negeri dari PAS.

Selain itu, ditanya sama ada PAS akan berbincang sama ada tiga exco berkenaan perlu meletakkan jawatan atau tidak, Takiyuddin berkata:
"Kalau ada permintaan (daripada menteri besar), kita akan bincang," katanya yang turut menambah, mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu akan dibuat pada Khamis ini.
Biro PKR pula akan membincangkan perkara itu sehari sebelumnya.

MK

Post a Comment

0 Comments