Cuepacs - " Kita Mohon Kerajaan Pertimbangan Bantuan Khas Raya RM 1000 "


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata beliau berharap jumlah imbuhan itu pada tahun ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu.
"Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi. Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti," 
Katanya, beliau akan berjumpa dengan pihak kerajaan mengenai permohonan Cuepacs untuk bantuan kewangan itu bagi penjawat awam dalam masa dekat.

Dalam pada itu, beliau menafikan laporan yang tular di media sosial yang mendakwa Cuepacs memohon umur persaraan penjawat dilanjutkan sehingga 65 tahun berbanding 60 tahun pada masa ini.
"Itu tidak benar. Kita hanya minta naik gaji sahaja. Kenyataan itu ternyata dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkannya di media sosial," katanya.
Tahun lepas, kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

MK

Post a Comment

1 Comments

  1. Yes, I am entirely agreed with this article, and I just want say that this article is very helpful and enlightening. I also have some precious piece of concerned info !!!!!!Thanks. bantuan sara hidup rakyat

    ReplyDelete