PRU14 - Calon Ulama & Profesional Menjadi Pilihan Parti Amanah - BANkami

Tuesday, May 2, 2017

PRU14 - Calon Ulama & Profesional Menjadi Pilihan Parti Amanah


Parti Amanah Negara (Amanah) Perak akan memastikan calon-calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mewakili parti itu terdiri daripada kalangan ulama, wanita, profesional dan orang bukan Islam.
.
Menurut timbalan pengerusinya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Amanah Perak akan akan menyiapkan calon-calon tersebut sesuai dengan kehendak rakyat.
.
Persediaan menyiapkan calon-calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan beramanah adalah aset penting semua parti dalam Pakatan Harapan bagi berdepan dengan calon-calon daripada Barisan Nasional (BN) dan sekutunya dengan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan
.
Beliau juga berkata, undi rakyat pada PRU14 adalah isyarat jelas mengenai apa yang mereka mahukan daripada sebuah kerajaan.
.
Justeru, beliau berkata, pemilihan calon yang berwibawa daripada pelbagai latar belakang adalah amat penting.
.
Undi rakyat pada PRU14 nanti adalah isyarat yang jelas apa yang dimahukan oleh rakyat dan pentadbiran kerajaan yang bakal dibentuk terutamanya di peringkat negeri adalah kerajaan negeri yang membela dan cakna kepada bebanan yang telah rakyak tanggung selama ini.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Pages