Isu Kasino, Ini Jawapan LGE Kepada PAS Yang Tidak Faham

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kesal dengan kenyataan Pas Pulau Pinang yang cuba menyalahkan pihak Kerajaan Negeri berhubung isu lesen dan kegiatan perjudian di negeri ini.
.
Guan Eng ketika mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang berkata, Pas harus bertindak secara waras meskipun ingin menolong UMNO atau Barisan Nasional (BN).
.
Saya kesal, walaupun (Pas) nak tolong sama UMNO atau BN, nak kutuk Pakatan atau DAP (Parti Tindakan Demokratik), buatlah secara waras dan bukannya secara tidak rasional seperti ini.
.
“Mengapa mereka (Pas) tidak kritik Ahli Parlimen Padang Besar yang 'mencadangkan' untuk membina kasino dekat Pulau Pinang.
.
“Cadangan (pembinaan kasino) ini dibuat oleh seorang Ahli Parlimen UMNO, tapi tidak pula dikutuk oleh pemimpin Pas, sebaliknya dia (Pas) pula cari isu yang bukan-bukan yang ianya memang bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
.
“Kita (Kerajaan Negeri) sememangnya menolak keras pembinaan kasino di sini (Pulau Pinang),” ujarnya pada sidang media di sini tadi.
.
Turut serta, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) dan Dato' Seri Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang).
.
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, penguatkuasaan ke atas premis judi hanya boleh dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
.
“Lesen judi adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, dan bukannya Kerajaan Negeri seperti mana yang dituduh pihak berkaitan, sekiranya ada pusat judi haram, hanya polis boleh mengambil tindakan.
.
“Saya telah sebutkan bahawa pihak Kerajaan Negeri sememangnya bersetuju untuk bekerjasama dengan memberi sokongan dan bantuan kepada polis menerusi Kerajaan Tempatan (KT).
.
“Tetapi, yang ada kuasa menjalankan penguatkuasaan hanyalah pihak polis dan mereka (polis) bukanlah di bawah Kerajaan Negeri,” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.
.
Justeru, Guan Eng mengingatkan Pas agar belajar berhubung pentadbiran dan pemerintahan kerajaan terlebih dahulu.
.
“Kalau sehingga sekarang pun masih tak faham, macam mana nak menjadi kerajaan pemerintah. Mungkin itulah sebabnya Kelantan sekarang adalah negeri muflis, kerana mereka (Pas) tidak tahu langsung tentang ekonomi dan juga urusan pemerintahan,” ujarnya.
.
LGE

Isu Kasino, Ini Jawapan LGE Kepada PAS Yang Tidak Faham Isu Kasino, Ini Jawapan LGE Kepada PAS Yang Tidak Faham Reviewed by BANkami Blog on June 13, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.