Ibu Nyaris Ditikam Anak Sendiri "Larang Basuh Tikar Getah"

Seorang suri rumah berusia 64 tahun nyaris maut akibat ditikam anaknya di bahagian rusuk kiri, paha kiri dan belakang badan dalam kejadian di Felda Jengka 10, Maran dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, tindakan pantas jiran yang mendengar jeritan mangsa berjaya menghalang suspek daripada terus mencederakan warga emas berkenaan.

“Kejadian berpunca apabila suspek yang merupakan duda berusia 40 tahun dipercayai berada di bawah pengaruh dadah berang apabila mangsa melarangnya membasuh tikar getah di rumah mereka.
 

Utusan

Comments