Sadis - Dipukul, Diugut Ditikam & Dipaksa Makan Segenggam Cili Padi


Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka Ramlan Meon mendakwa dirinya dipukul dan dipaksa memakan cili padi serta diugut oleh beberapa penyokong Umno dan anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Dalam laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian itu, Ramlan mendakwa seorang kenalannya, yang adalah anggota Umno, memberitahunya untuk berjumpa pada 10 Julai lalu berhubung pertikaian mereka mengenai penggantungan bendera parti sebelum ini.
"Setibanya saya di restoran tersebut sekitar jam 8.40 malam, tiba-tiba saya melihat belasan sekumpulan lelaki ... sudah bersiap sedia menunggu saya .
"Saya ditumbuk beberapa kali di bahagian muka oleh (nama seorang lelaki) menggunakan alatan yang tidak dikenali dan kepala saya ditepuk beberapa kali..
"Saya dipaksa memakan segengam cili padi oleh (nama seorang lelaki) dan beberapa orang di kalangan mereka. Saya juga telah diugut untuk ditikam menggunakan pisau ...," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 11 Julai, yang dilihat oleh Malaysiakini.
BERSATU Melaka mengadakan sidang akhbar hari ini mengenai insiden itu dan menuntut permohonan maaf berhubung apa yang berlaku kepada Ramlan.

MK

Post a Comment

0 Comments