Pesara Tentera & Isteri MATI DIBUNUH Perompak!

Seorang lelaki maut ditetak manakala isterinya parah dalam kejadian samun bersenjata di rumahnya di Taman Bukit Terendak Sungai Udang di Melaka, malam tadi.
.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata kedua-dua mangsa yang berusia 60 dan 59 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di rumah mereka kira-kira 8.45 malam.
.
"Sebaik tiba di rumah mangsa, kita menemui mangsa wanita berada dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut kita turut menemukan mangsa lelaki berada dalam keadaan tertiarap berlumuran darah.
.
"Siasatan lanjut ke atas mangsa lelaki mendapati beliau telah meninggal dunia dan terdapat kecederaan di bahagian leher dipercayai menggunakan objek tajam namun senjata yang digunakan masih belum ditemui," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Melaka, hari ini.
.
Beliau berkata mangsa wanita berkenaan yang mengalami kecederaan parah di bahagian mulut kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka dan kini menjalani pembedahan bagi kecederaan yang dialaminya.
.
Katanya menurut siasatan awal, kejadian itu bermotifkan samun dan bunuh namun pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan lanjut di rumah mangsa serta menunggu pengesahan daripada keluarga mereka.
.
Afzanizar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan 320 kanun sama kerana melakukan rompakan sehingga menyebabkan kecederaan dan membunuh.
.
Beliau berkata susulan kejadian itu, kira-kira pukul 10.30 malam tadi, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun berhampiran kawasan perumahan mangsa bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.
.
Sementara itu, lelaki berusia 35 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini.
.
Tempoh reman hingga 21 Julai itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Analia Kamarudin di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di Melaka pagi tadi.
.
Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata mangsa yang meninggal dunia merupakan pesara tentera yang dikenali sebagai Abdul Rahman Pileh, 60, manakala isterinya Sabturiah Lakidau, 59.
.
Beliau berkata suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan pula merupakan seorang anggota tentera berpangkat sarjan yang berkhidmat di Kem Terendak Sungai Udang di Melaka.
.
"Pemeriksaan awal saringan urin lelaki berkenaan didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya.
.
Beliau berkata polis turut merampas seutas gelang tangan dipercayai milik mangsa pada suspek terbabit.
.
Katanya laporan bedah siasatan menunjukkan Abdul Rahman meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian leher manakala Sabturiah telah selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil tetapi terpaksa disokong alat bantuan pernafasan.
.
-Bernama

Post a Comment

0 Comments