Ramon Bidas Zahid - "Penjawat Awam Patut Setia Pada Tuhan, Raja & Negara, Bukannya Parti Politik"


Seorang bekas penjawat awam kanan mengkritik seruan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada pesara kerajaan supaya berterima kasih dan tidak “menggigit tangan yang pernah memberi makan kepada mereka”.
“Penjawat awam sepatutnya setia kepada tuhan, raja dan negara, bukannya mana-mana parti politik,” 
Bekas ketua setiausaha Kementerian Pengangkutan itu berkata, seruan timbalan perdana menteri kepada pesara kerajaan itu tidak wajar kerana perkhidmatan awam sepatutnya bebas daripada pengaruh politik.

Semalam, Zahid ketika merasmikan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Serdang menyeru pesara dan bakal pesara kerajaan berterima kasih dan sentiasa menyokong kerajaan sebagai balasan kepada bantuan diberikan selama ini.
“Kebersamaan kita pada hari ini dan hari akan datang bagi pastikan berterima kasih kepada organisasi dan kerajaan Malaysia yang selama ini memberikan perlindungan dan terus bagi perlindungan kita selama ini. Insya Allah, kita takkan pernah menggigit tangan yang pernah memberi makan pada kita,” kata Zahid kepada lebih 7,000 pesara dan bakal pesara kerajaan, termasuk anggota tentera, semalam.
Navaratnam berkata, kenyataan Zahid mampu menghakis perpaduan dan profesionalisme perkhidmatan awam.

Seorang ahli kumpulan moderat Melayu G25, Datuk Dr Johan Ariffin Samad memberitahu FMT sesetengah pesara kerajaan mungkin menganggap kenyataan Zahid itu cubaan kerajaan membeli kesetiaan mereka menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, Zahid perlu sedar pesara dan bakal pesara sektor awam sudah muak dengan perbelanjaan berlebihan kerajaan, sedangkan mereka terpaksa berdepan kenaikan kos sara hidup.
“Mereka perlu bergelut mencari wang dalam keadaan ekonomi sukar dan bimbang dengan masa depan. Pemotongan peruntukan untuk hospital juga memberi kesan kepada piawaian penjagaan kesihatan ketika mereka paling memerlukannya.”

FMT

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete