Tentulah agak janggal kerana tidak ada wakil dari Hj Hadi atau Pas menghadiri pendengaran di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.
.
Bertambah janggal lagi, kerana akhbar berita rasmi Pas, Harakah tidak menyiarkan langsung tentang berita pendengaran pengurusan kes Hj Hadi terhadap Clare Brown, pengarang Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.
.
Apakah kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia berperanan sebagai wakil Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?
.
Wisma Putra dan Kementerian Luar Negeri perlu memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
.
Sarawak Report sempat mengambil gambar tiga daripada enam kakitangan Suruhanjaya Tinggi yang hadir di mahkamah pada hari tersebut :
.
1) Mohd Hadrizammi Mustafa dari Jabatan Politik & Keselamatan Suruhanjaya Tinggi Malaysia,
.
2) Pegawai Media Kedutaan (kiri), yang bertanggungjawab untuk fotografi, media sosial dan siaran akhbar, Wan Rosli Wan Osman dan
.
3) Encik Jesse Quiban, Setiausaha Kedua Hal Ehwal Bilateral, juga dalam bahagian 'Politik dan Keselamatan' bahagian Suruhanjaya Tinggi.
.
Jadi apakah kepentingan Kerajaan Malaysia dalam saman fitnah oleh seorang 'ahli politik pembangkang' terhadap Clare Brown seorang wartawan Sarawak Report?
.
Berhubung dengan kes pendengaran saman Hj Hadi keatas Clare Brown di Mahkamah London pada 2 Ogos lalu itu, apakah Pas boleh beri penjelasan terhadap perkara-perkara berikut :
.
1) Kenapa tidak ada wakil peribadi Hj Hadi?
.
2) Adakah 6 anggota kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia mewakili Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?
.
3) Kenapa Harakah tidak menyiarkan berita mengenainya?
.
4) Siapa yang tolong sediakan dana untuk segala urusan guaman di London?
.
Tanpa memberikan jawapan yang jelas keatas persoalan diatas itu, Pas tidak mungkin dapat membersihkan imejnya dari dakwaan menerima dedak dari 1MDB sebanyak RM90 juta dengan pendedahan di atas oleh Sarawak Report dan
.
Imej Hj Hadi dan Pas semakin berkecai dan berkecamuk menybabkan orangramai semakin hilang kenyakinan terhadap perjuangan Islam yang dilaungkannya selama ini.
.
Malah rakyat semakin menyakini bahawa memang sunggohlah bagai yang ditohmah - Hj Hadi dan Pas tersedak dengan dedak 1MBD!
.
Al hussein
2 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete