Syed Saddiq Dedah 3 Nama Remaja Bawah Umur Buat Kucar Kacir Nothing to Hide 2.0


Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tiga remaja yang ditahan polis semalam masih di bawah umur dan bukan ahli parti itu.

Insiden yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2.0 (N2H 2.0) semalam membabitkan terkini membabitkan  tiga remaja bawah umur dalam cubaan untuk mencederakan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad itu telah ditangkap oleh pihak polis semalam yang kini ditahan di Ibupejabat Polis Shah Alam.
"Kami dimaklumkan bahawa ketiga-tiga remaja yang ditangkap oleh pihak polis adalah remaja yang berada dibawah umur," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mereka yang masih ditahan ialah Muhammad Nur Fazly bin Arnas (17 tahun); Muhammad Afiq Afifi bin Mohd Nazri (19) dan;Muhammad Safwan bin Shairul Nezem (18).

Menurut Syed Saddiq lagi ketiga remaja ditahan itu tidak memenuhi syarat umur yang ditetapkan untuk menjadi ahli Armada.
"Mereka ini adalah remaja yang berumur 17,18 dan 19 tahun. Umum mengetahui, ada syarat umur yang ditetapkan bagi menjadi ahli Armada dan kami juga telah menyemak semula keahlian mereka dengan PPBM. Mereka sama sekali bukan ahli PPBM.
"Mereka hanyalah remaja upahan yang menyamar sebagai ahli Armada dengan berbekalkan sehelai tshirt Armadayang dipakai oleh mereka bukanlah tshirt rasmi," ujarnya.
Justeru beliau menegaskan sekiranya remaja ini bukan ahli parti itu, siapakah yang telah memperalatkan remaja ini dalam cubaan untuk mencederakan Dr Mahathir?

Semalam dalam sidang media diadakan Syed Saddiq turut menunjukkan bukti seperti kasut, botol air mineral, tshirt, suar yang digunakan oleh sekumpulan pemuda yang turut hadir dalam N2H 2.0 yang bertujuan menimbulkan provokasi dalam program anjuran Armada itu.

Beliau turut dipetik berkata, kejadian berlaku itu sedikitpun tidak menghalang Armada untuk terus menganjurkan program sedemikian di masa akan datang.

MD

Post a Comment

0 Comments