Ketua Pemuda PAS Ambil Alih Jadi Jurucakap UMNO ?

Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas kenyataan Ketua Pemuda PAS berhubung dakwaan memberi undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) bererti memberi undi kepada DAP.
.
Menurut naib presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Muhammad Khalil Abdul Hadi - anak kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang seolah-olah seperti kenyataan pemimpin Pemuda Umno.
.
Saya tidak terkejut (kenyataannya) berbunyi seperti Pemuda Umno memandangkan prinsip PAS telah dikompromi sehingga menjadikan sayap pemuda parti itu menjadi sidekick Umno dalam memerangi isu sebenar rasuah dan kleptokrasi.
.
Kenyataan terbaru ketua Pemuda PAS itu membuktikan bahawa PAS tidak lagi berani dan kuat untuk membuat perubahan yang bermakna di negara ini.
.
Bagaimana dia boleh kata memerangi rasuah dan menyelamatkan kerajaan kleptokrasi adalah satu tindakan yang menimbulkan kebencian? Siapa dia? Tukang cakap kepada menteri BN?” katanya kepada Malaysiakini.
.
Semalam, Muhammad Khalil mendakwa, tindakan DAP yang dilihat ingin menjadi dominan dalam HARAPAN membawa makna bahawa memberi undi kepada gabungan pembangkang berkenaan sama seperti memberi undi kepada DAP.
.
Beliau turut mendakwa, pergerakan DAP turut dibayangi agenda evangelis Kristian dan bercita-cita untuk menawan negara ini dan menjadikannya sebagai negara sekular.
.
Malah, Muhammad Khalil berkata, HARAPAN yang dilihat kemaruk kuasa juga berhubung dan mengundang entiti asing yang didakwa merisikokan negara.
.
https://m.malaysiakini.com/news/394405#AwCocClxehE16R4B.99

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment