Menurut kajian, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Tahukah anda, gas ozon sangat penting untuk tubuh badan manusia?
Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.
Ini antara manfaat jika anda amalkan mandi sebelum waktu subuh!
1. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
Jika peredaran darah lancar, tubuh badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
2. KULIT LEBIH LEMBUT & HALUS
Jika anda ada masalah ‘mata panda’, amalkan mandi menggunakan air sejuk setiap pagi. Mandi awal pagi membuatkan kuku lebih sihat dan kulit lebih lembut dan halus.
3. MENINGKATKAN KESUBURAN
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila mandi waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen wanita.
4. MENGURANGKAN RISIKO DARAH TINGGI
Kajian mendedahkan, mandi air sejuk di waktu pagi mengurangkan risiko darah tinggi. Bukan itu saja, tubuh juga bebas dari penyakit berbahaya lain.
5. MENGURANGKAN STRESS & LEBIH TENANG
Air sejuk melancarkan peredaran darah setelah tidur 8 jam. Jika anda alami tekanan, duduk di bawah air pancuran untuk melegakan rasa tegang tersebut.
6. MENINGKATKAN SEL DARAH PUTIH
Mandi air sejuk meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, tubuh lebih kebal dan tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit.
Sumber : Hanasuva
0 Comments