Zaid berkata kes saman itu akan berpanjangan dan boleh menelan kos tinggi sehingga RM10 juta.
.
Apakah PAS sudah dapat mengumpul £2 juta daripada ahlinya untuk membayar firma peguam Carter-Ruck?
.
Diberitahu firma tersebut antara paling mahal, pada kadar sekitar £600 (RM3,326) sejam.
.
Sekiranya isu sebenar ialah mengenai reputasi Hadi, saman tersebut sepatutnya difailkan di Malaysia, di mana beliau lebih dikenali berbanding di UK.
.
Sebab itu, bagi saya, bukan reputasi Hadi yang ‘kawan-kawan’ itu mahu pertahan.
.
Ada perkara lain dalam fikiran mereka.
.
Saya berpendapat saman itu difailkan di London demi modal politik untuk memburukkan Clare dan pembangkang.
.
Reputasi Hadi tidak penting bagi golongan ini.
.
Zaid menasihatkan Hadi membatalkan samannya sementara kos guaman masih rendah pada peringkat ini.
.
Lagi pun, Clare tidak pernah menuduh Hadi mengambil wang itu, dan Hadi tidak perlu melihatnya sebagai penghinaan terhadap dirinya sekiranya pemimpin lain yang menerima wang itu
.
Kes yang berpanjangan akan hanya memudaratkan kesihatan Hadi.
.
FmT
1 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete