Kenapa Pelajar Marah! Ini Jawapan Untuk Ku Nan


APA YANG DILAKUKAN OLEH UMNO SALAH ? KU NAN BERTANYA PELAJAR 'MARAH '

SEBABNYA KU NAN:

1. ".. sumbangan UMNO kepada mereka, yang menjadikan mereka berjaya hari ini .." 

JAWAPAN PELAJAR UTK KU NAN:

Itu BUKAN WANG UMNO. Itu adalah WANG  RAKYAT MALAYSIA dari CUKAI RAKYAT MALAYSIA. Ini adalah tanggungjawab mana-mana kerajaan.

Pelajar perlu biasiswa...

2. ".. ramai PELAJAR TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PARTI MELAYU yang memerintah, katanya."

JAWAPAN PELAJAR UTK KU NAN:

Oh.. Ingatkan UMNO tak sedar lagi pelajar TAK BERPUAS HATI dengan UMNO.

Tak kanlah UMNO tak tau sebab pelajar MARAH dengan UMNO.

Beri peluang dan KEBEBASAN PELAJAR BERSUARA tanpa UGUTAN. Jangan gunakan undang-undang dan SKMM sekat hak bersuara dalam amalan demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Hinggakan bersuara dlm fb pun diganggu SKMM.

Pelajar mahu SUDUT PIDATO BEBAS untuk bersuara ISU KEPENTINGAN NEGARA di dalam kampus, berani di izin?

3. ".. apabila anda kembali ke Malaysia, anda cuba lebih pandai dan marah kepada UMNO."

JAWAPAN PELAJAR UTK KU NAN:

Apabila kami kembali ke Malaysia, kami terkejut kerana:

3.1 Bukan kami lebih pandai, tetapi menteri UMNO terlalu 'b*d*h'. Isu kos sara hidup, dengan kenaikan harga barangan, dijawab MENGHINA kebijaksanaan rakyat Malaysia. Tak kan tak tau menteri yang mana satu..

3.2 TV dan RADIO MILIK KERAJAAN, MILIK RAKYAT MALAYSIA, DIMONOPOLI oleh BN.

Ini adalah salahguna kuasa. Harus berlaku adil kepada semua parti politik secara saksama. Di mana letaknya amalan demokrasi?

3.3 KEMUNCAK KEMARAHAN PELAJAR MALAYSIA

3.3.1 Institusi-institusi kerajaan kini gagal berfungsi SELAMATKAN MALAYSIA dari ROMPAKAN KLEPTOCRAT yang merompak HARTA NEGARA pada skala yang terlalu besar.

Contohnya, di luar negara, seperti Singapura telah mengambil tindakan mahkamah berkaitan penyelewengan 1MDB.

Bank Negara Malaysia juga telah mengenakan denda tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Tetapi UMNO masih berselindung. MO1 masih menjadi pujaan ahli-ahli dan PEMIMPIN UMNO.
"YOU KNOW.. IT'S LIKE THERE IS NOTHING WRONG WITH HIM & 1MDB..WHAT A COVER UP.. "
Google je "1MDB" terlalu banyak info yang sangat memalukan Malaysia. MO1 adalah Perdana Menteri Malaysia sendiri.

"HARAPKAN PAGAR , PAGAR MAKAN PADI."

3.3.2 HUTANG NEGARA tidak terkawal kerana kerakusan Kleptokrat. Kini hutang negara menghampiri RM 1 TRILLION.

Terlalu banyak berhutang kepada KOMUNIS CHINA. Malaysia menanggung RISIKO KEDAULATAN NEGARA YANG TERAMAT TINGGI jika gagal membayar hutang. Jangan nasib negara menjadi seperti berhutang kepada SAMSENG ALONG.

3.3.3 RISIKO KOMUNIS CHINA adalah sangat menggerunkan. Penguasaan projek-projek mega, syarikat-syarikat yang berkepentingan strategik ke atas negara, KEHADIRAN RAKYAK KOMUNIS CHINA di Malaysia sebagai pekerja, kehadiran pelajar-pelajar Komunis China khususnya di universiti milik KOMUNIS CHINA di Malaysia adalah sangat dikhuatiri.

Mereka adalah KOMUNIS. Kini mereka menjadi 'tetamu kehormat' negara.

Kita juga maklum MCA sangat erat dengan Parti Komunis China dan telah tandatangani MOU. Kini bekerjasama sangat erat. Begitu juga hubungan akrab UMNO dan Parti Komunis China.

Apakah implikasi kepada kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ?

Apakah implikasi kepada SISTEM RAJA MELAYU di Malaysia?

TEKS KU NAN:

Pemuda Melayu hari ini mesti memikirkan diri sendiri dan mengingati sumbangan Umno kepada mereka, yang menjadikan mereka berjaya  hari ini, kata Setiausaha Agung parti Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ini kerana, walaupun peluang diberi kepada mereka untuk mengikuti pendidikan tinggi terbaik, ramai belia tidak berpuas hati dengan parti Melayu yang memerintah, katanya.

"Oleh kerana dasar UMNO, anda boleh masuk ke universiti, jika anda tidak masuk ke Malaysia, kami akan menghantar anda ke luar negeri. (Tetapi) apabila anda kembali ke Malaysia, anda cuba lebih pandai dan marah kepada UMNO.

Sumber : IR Ahmad TK

Post a Comment

0 Comments