Khairuddin - PAS Jelas Menunjukkan Sikap "Kuda BN"

Kini semakin jelas bahawa parti PAS sedang bekerjasama dan menjadi 'kuda tunggangan' UMNO serta BN apabila 11 ahli parlimennya berkecuali!!
Manakala ahli majlis tertinggi umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula secara terang-terangan mengucapkan terima kasih pada PAS!!
Bajet 2018 diluluskan di peringkat dasar di parlimen dengan 107 menyokong dan 59 menentang. Sementara 11 anggota parlimen PAS berkecuali!!

Bajet 2018 sebanyak RM280.25 bilion yang dibentangkan pada 27 :Oktober lalu oleh 'Perdana Menteri paling korup' sudah melalui enam hari perbahasan.

Selepas ini sekiranya parti PAS mengatakan mereka tidak akan bekerjasama dengan UMNO dan akan bersendirian untuk bertanding dalam PRU14 akan datang; itu hanyalah 'sandiwara politik' semata-mata!!

Kini PAS sudah merelakan diri mereka diperalatkan dan dipergunakan oleh UMNO sebagai 'kuda tunggangan' mereka bagi menjaminkan mempertahankan kuasa kerajaan kleptokrasi selepas PRU14 kelak!!

Pakatan Harapan bermatian lawan kerajaan kleptokrasi dan Perdana Menteri paling korup yang sudah :merosakkan amalan demokrasi, sistem politik, sistem ekonomi serta institusi-institusi kerajaan di negara kita tetapi PAS sedang menyokong segala kemungkaran ini!!

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya termasuk ahli-ahli peringkat akar umbi PAS dan UMNO harus: mengharamkan memberi walaupun satu undi kepada kedua-dua parti ini yang sudah rosak wadah perjuangannya mahupun aqidah agama mereka!!

Ahli-ahli PAS juga harus membuka mata secara seluas-luasnya terhadap pendirian 11 ahli parlimennya yang berkecuali pada pengundian bajet di peringkat dasar di parlimen.

PAS jangan berdolak-dalik lagi!! PAS jangan tipu ahli-ahlinya lagi!! PAS jangan buat retorik politik lagi!!

Parti PAS mesti mengakui bahawa kini mereka sedang menjadi 'kuda tunggangan' UMNO serta BN malahan sedang bekerjasama dengan kerajaan kleptokrasi yang secara tidak langsung juga membuktikan PAS menyokong kemungkaran!!

Halatuju PAS sekarang semakin 'gelong' kerana ramai daripada tokoh-tokoh pemimpinnya semakin 'sewel!!'

Sumber : KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete