Potong Bajet Tentera, Ini Sebab Kenapa Idea DAP "Kolot"


1. Charles Santiago MP Klang yang mewakili DAP menyerahkan usul pemotongan belanjawan untuk Kementerian Pertahanan sebanyak 8.3 billion Ringgit bagi meningkatkan belanjawan perkhidmatan kesihatan.

2. Usul itu dibuat berdasarkan seksyen 55(2) dan 57(3) Arahan Tetap Parlimen bagi membolehkan sejumlah 8.3 billion Ringgit yang disediakan untuk ATM disalurkan untuk Kementerian Kesihatan.

3. Adalah agak tidak bertanggungjawab usul ini dibuat kerana ia menampakkan kedangkalan MP berkenaan yang mahu jalan paling mudah untuk tingkatkan belanjawan dengan memotong dana bahagian lain - gali lubang tutup lubang.

4. Belanjawan untuk ATM ini dipotong bagi membolehkan usaha Charles Santiago yang mensasarkan 7 peratus dari GDP disalurkan untuk perkhidmatan kesihatan.

5. Niatnya baik tapi caranya tak kena.

6. ATM dan Kementah hanya mendapat 1.2 peratus peruntukan dari GDP tahunan bagi tujuan pengurusan angkatan bersenjata dan pembangunan dan naiktaraf aset. Jumlah tersebut adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan negara tetangga ASEAN lain yang lebih tinggi kadar peratusan GDP belanjawan tahunan untuk pertahanan.

7. Jika sekiranya Charles Santiago mahu lebih banyak dana untuk perkhidmatan kesihatan maka saya sarankan agar pihak pembangkang menekan pemerintah untuk memansuhkan kadar GST untuk semua perkhidmatan kesihatan kerajaan dan swasta, memansuhkan atau mengecualikan terus kadar GST untuk ubat ubatan, menekan semua operator perkhidmatan kesihatan swasta untuk menurunkan harga ubatan dan rawatan yang dilihat terlalu tinggi dan tidak masuk akal, menekan industri farmaseutikal untuk menurunkan harga atau meletakkan harga siling bagi semua ubatan - sekadar menyatakan beberapa contoh alternatif yang lebih efisien.

8. Jika 8.3 billion tadi dipotong maka ATM akan mengalami kebejatan peruntukan dimana tahun hadapan terdapat perolehan aset baharu yang sangat kritikal dan diperlukan sejak sekian lama.

9. Pemotongan juga akan memperlihatkan kesan dimana usaha naiktaraf 5 hospital tentera, 4 poliklinik tentera dan 1 hospital veteran tergendala dan ini bakal menafikan hak khidmat kesihatan anggota dan pegawai serta veteran pasukan keselamatan.

10. Pemotongan turut akan memberikan kesan kepada kalangan veteran tentera yang selama ini menerima imbuhan kebajikan perubatan dan pencen.

11. Elaun khus untuk warga pasukan keselamatan juga akan terkesan.

12. 8.3 billion yang dipotong sudah pasti memberikan kesan paling teruk kepada dana pembangunan aset dan naiktaraf aset ATM yang diperuntukkan sebanyak 3 billion Ringgit. Jumlah 3 billion ini adalah peruntukan khusus bagi membuat perolehan aset baharu - seperti sistem meriam 105mm dan 155mm untuk meningkatkan keupayaan kuasa tembak pasukan kita di Sabah, naik taraf pos kawalan sempadan di Sabah dan Sarawak dan dalam kawasan ESSCOM yang mana isu sempadan lolos menjadi isu yang sering dipersoalkan ahli politik.

13. Jika belanjawan untuk ATM ini dipotong - yang paling terkesan adalah pasukan kita di sempadan yang mana mereka perlukan banyak kelengkapan dan naiktaraf pos kawalan yang mana sudah sekian lama mengalami penagguhan disebabkan kemelesetan ekonomi global. Walaupun penubuhan Rejimen Sempadan telah dibuat beberapa tahun lepas, pemantauan sempadan masih memerlukan penambahbaikan dari segi sistem pemantauan dan aset sokongan seperti kenderaan logistik. Kalau potong bajet macam mana tentera nak laksana tugas mereka.

14. Pesawat rondaan maritim adalah satu lagi perolehan aset kritikal yang akan terganggu oleh pemotongan belanjawan oleh MP Kelang ini. Sedia maklum skuadron pesawat rondaaan maritim sedia ada digantung perkhidmatan ekoran insiden salah satu pesawat terhempas dan ini telah menyebabkan rondaan rutin kawasan perairan negara terganggu lantas membiarkan kawasan perairan negara kita terlopong dek kemasukan nelayan asing, kapal perang asing dan aktiviti haram. Kita juga sedia maklum isu keselamatan sempadan perairan juga sering dibangkitkan pihak politik dan bilamana belanjawan ATM dipotong nanti macam mana kita nak TUDM laksanakan tugas mereka tanpa pesawat.
Dulu pun pihak2 politik juga yang hingar bingar mahukan keselamatan sempadan diperketat tapi bila usaha tersebut dilaksanakan mereka pula yang mahu cantas.

15. 27 billion Ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tahun 2018 dan ia adalah peningkatan sebanyak 1.7 billion. Kalau Charles Santiago mahukan sehingga 7 peratus dari GDP diperuntukkan bagi belanjawan kesihatan maka boleh saja - bantu naikkan ekonomi negara dan bukan terus menerus melakukan sabotaj keatas ekonomi. Kalau asyik sabotaj saja sampai bila pun takkan dapat capai sasaran. Takkanlah tiap2 tahun nak gali lubang bolot belanjawan dari sektor lain dan longgokkan dekat KKM. Lagi satu bantu tingkatkan taraf kesihatan rakyat dengan menyokong kempen kesihatan dan kempen gaya hidup sihat yang dianjurkan KKM. Bukan sokong festival arak yang jelas bukan satu bentuk gaya hidup sihat.

16. Walaupun belanjawan sektor kesihatan tak capai 7 peratus GDP pun ia tetap diperuntukkan dengan dana yang lebih besar dari dana untuk angkatan tentera.
KKM dapat 27 billion ringgit. Kementah dapat 17 billion. Beza hampir 10 billion Ringgit.

Jadi bila Charles Santiago mengusulkan agar dibuat pemotongan belanjawan pertahanan sebanyak 8.3 billion maka kami nampak bagaimana nanti berserabut tadbir urus belanjawan pihak pembangkang nanti bila memerintah. Jangan lupa sejak 2008 pihak pembangkang gagal dalam belanjawan bayangan mereka membentangkan peruntukan untuk keselamatan dan pertahanan nasional.

17. You expect our soldier, airmen and sailors to fight and defend this nation sovereignity but you deny them equipments, funding for trainings and you want then to guard our coastlines and borders under nipa hut and you dare to come and said we should have been better equipped like Singapore bla bla bla.

Fuck You.

8.1 Peruntukan untuk perolehan aset yang sudah tertangguh akan ditangguhkan lagi jika sekiranya pihak pembangkang meneruskan usul pemotongan belanjawan untuk Pasukan Keselamatan kita.

8.2 2018 memperlihatkan adanya peruntukan untuk menambahkan jumlah aset kritikal seperti sistem artileri 105mm dan 155mm bagi memperkukuh kuasa tembak di Sabah dan Sarawak, perolehan pesawat rondaan maritim bagi meningkatkan keupayaan pemantauan wilayah maritim kita oleh TUDM, peruntukan untuk komando kita bagi membuat penggantian alatan dan persenjataan, latihan, kelengkapan baru  dan sebagainya bagi meningkatkan keupayaan kombat komando kita dalam menghadapi ancaman keganasan dan militan.

8.3 Perolehan sedemikian adalah selaras dengan perubahan ancaman serantau dimana kumpulan militan dan gerila fanatikal ugama kini adalah threat perception yang memerlukan tumpuan peningkatan keupayaan kombat pasukan khusus dan pasukan standard dalam menghadapi konflik atau operasi dalam kawasan terbina (FIBUA / OBUA), keganasan rentas sempadan, ancaman serangan IED dan bunuh diri oleh fanatik, selain turut menumpukan peningkatan upaya operasi ketenteraan selain perang (MOOTW - Military Operation Other Than War) dan keupayaan menyokong operasi pasca bencana dan kemanusiaan (HADR - Humanitarian Assistance and Disaster Relief).

8.4 Penggantian dan perolehan aset baharu yang bermula sejak sebelum 2010 dan secara berperingkat ini mestilah tidak dihalang atau diganggu dengan cara pemotongan belanjawan kerana ia akan kembali membejatkan keupayaan dna kesiagaan pasukan keselamatan.

18. Akhir kata - kami di MMP harap agar pihak2 politik tidak sewenangnya mengenepikan keselamatan nasional hanya kerana mahu meraih undi dan langkauan politik dimata rakyat memandangkan bahang pilihanraya semakin hangat membara dan dirasai segala ahli parlimen dan ahli2 politik.

Pertahanan nasional bukan untuk dijadikan political mileage. Sudah lebih dari cukup pasukan keselamatan dipandang enteng dan dicemuh dan difitnah oleh rakyat negara sendiri ekoran mulut2 lancang dan  bangsat pemfitnah dari kalangan ahli2 politik sendiri yang langsung tidak ada sekelumit rasa hormat kepada pasukan keselamatan malah sewenang2 kerana menganggap mereka sebagi musuh hanya kerana mereka adalah aparat pemerintah yang mesti dijadikan syaitan dan mesti diburukkan dan dicela dan difitnah untuk meraih sokongan politik dan menumbangkan musuh politik kamu.

19. If you are not able to guarantee safety and security to the masses, and kept on bashing the armed forces, sabotaging them and rediculing them for the sake of gaining political support then dont dream of becoming the ruling coalition in Putrajaya.

Wanna get our support? Support the Armed Forces.

If not then fuck off.

IkanSadinMknOrang aka FJ

Sumber : MilitaryMalaysia

Post a Comment

0 Comments