Bagi aku pas tidak layak mempertikai kelangsungan bajet 2018 kerana mereka memiloh berkecuali daripada membahaskan bajet tersebut. Tiada persoalan dan pertikaian sekiranya perkara begitu begini berlaku. Dan tiada juga bajet alternative yang lebih islamik daripada PAS.
Kenyataan Melalui FB Tuan Ibrahim :
Harga minyak menjadi penentu PRU14?
Kenaikan 7 sen RON95 yang membawa nilainya ke RM2.38 seliter mengeluhkan ramai. Harga itu semakin menghampiri harga RM2.70 seliter di zaman Tun Abdullah Badawi yang membuka laluan kepada kehilangan dua pertiga majoriti bagi BN di parlimen.
Jikalau harga minyak tempatan semakin meningkat sehingga ke PRU14 kerana harga pasaran dunia serta kelemahan nilai Ringgit, segala ‘feel-good’ yang akan dijana melalui Bajet 2018 akan hilang.
Apakah BN mungkin terpaksa menunda PRU14 jika harga minyak naik mendadak di awal tahun ini kerana kemarahan rakyat akan susah dibendung?
Sekiranya harga minyak naik mencecah RM2.50, para peniaga akan mengambil keputusan untuk menaikkan harga barangan kerana naiknya kos pengangkutan. Ini bakal sekali lagi melonjakkan inflasi dan juga kos sara hidup rakyat, yang sudah tentunya akan menjadi isu penting di PRU14.
Bayangkan pada minggu mengundi PRU14 dan harga RON95 terpaksa mencecah RM2.70 kerana kenaikan harga pasaran, apakah kesannya kepada undi BN pada saat-saat akhir?BN barangkali boleh menghalang kenaikan ini pada minggu mengundi PRU14, bahkan mengumumkan subsidi untuk mengekalkan harga minyak di tahap yang boleh diterima rakyat – tapi ia tidak bermakna ia akan dapat meredakan keresahan rakyat untuk mengundi mereka semula di PRU14. Kenaikan BR1M juga tidak akan membantu kerana panadol ini hanya dapat bertahan sekejap.
Apakah harga minyak ini penentu undi rakyat di PRU14 mengatasi Bajet 2018? Jika dinilai melalui kemarahan rakyat di media sosial pada waktu ini, nampaknya ya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
17 Nov 2017
2 Comments
Dia risaukn kawan2 dia yg lain kot..
ReplyDeleteMemiloh kepala bapak kau
ReplyDelete