AJK PAS Pusat (Dr Azman) Fitnah, Inikah Cara Politik Islam PAS?


Kes permohonan injunksi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa terhadap pemilik tanah yang menempatkan Wisma Tok Guru di Salor, Kota Bharu menyaksikan seorang pemimpin Pas dilihat menghina proses mahkamah.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim menganggap seolah-olah wujud penawaran kos mahkamah antara Husam dengan Pas selain seperti Pas terlibat dalam kes yang akan didengar pada 4 Disember itu.

Menurut bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi berkenaan dalam status yang dimuatnaik di Facebook jam 2.28 petang semalam, pihak Husam tidak mampu membayar kos mahkamah menyebabkan Pas kononnya memberi potongan “diskaun”.

“Kesian kerana mereka tak mampu bayar kos mahkamah 30k. Pas bagi diskaun 10k. Tak mampu lagi, diskaun lagi jadi 7k. “Ini kira dah cukup berperikemanusiaan. Pas bukan nak bergaduh dan berperang, sekadar nak ambil hak kita yang sah di sisi undang-undang,” dipetik pada perenggan terakhir dalam status terdiri daripada empat perenggan itu.

Bagaimanapun, perenggan tersebut kemudiannya dipadamkan dan diganti dengan satu pemberitahuan “kekhilafan” selepas kira-kira enam jam dakwaan Azman itu mendapat ratusan reaksi serta komentar pro dan kontra pengguna Facebook.

Pada masa sama, Dr Azman, 42, menjadikan pemberitahuan sama berserta permohonan maaf itu sebagai status Facebook pada jam 8.40 malam dengan mendapat pelbagai reaksi berupa sokongan mahupun sindiran.

Antaranya, termasuk penyokong Pas sendiri yang mengingatkan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Terengganu itu supaya memeriksa terlebih dahulu fakta sebelum menulisnya di Facebook.
“Ada kekhilafan info berkaitan kos mahkamah dalam kes injuksi dalam posting saya tadi. Dengan ini saya mohon maaf dan tarik balik perenggan akhir tersebut,” akui doktor gigi itu. 
Beliau dalam status Facebook sama memberitahu Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hasan mengetuai sendiri pasukan peguam dalam kes injuksi yang dipohon oleh Husam di Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu.

“Syabas dan tahniah atas kejayaan dan kerja keras mereka sehingga kita semua menerima kemenangan ini dengan kesyukuran. “Menariknya hakim bagi ingatan supaya jangan babitkan mahkamah dalam hal agama seperti soal solat hajat,” ujar pemilik Klinik Gigi Dr Azman di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu itu.

Sumber : MD

Post a Comment

1 Comments