Video Bekas PM Kenya Perli Malaysia Negara Rasuah & Kleptokrasi
November 17, 2017
Dalam video sejam 22 minit itu, Raila di
penghujung ucapannya bercakap berkaitan amalan rasuah.
Dalam video sejam 22 minit itu, Raila di penghujung ucapannya bercakap berkaitan amalan rasuah.
Beliau bagaimanapun mengulasnya dengan sebuah jenaka berkaitan sebuah negara Afrika, yang hanya dirujuknya sebagai 'Negara X'.
Katanya, rombongan dari Negara X diketuai seorang menteri melawat ke Malaysia dan ditunjukkan projek-projek pembangunan oleh menteri kerja raya Malaysia.
Selepas itu menteri Afrika itu dibawa ke rumah menteri Malaysia yang besar, terdapat kolam renang dan lamanya sebesar setengah ekar.
“Dia tanya menteri (Malaysia) itu, 'Macam mana kami dapat semua ini?' Menteri itu bawanya ke beranda dan berkata; 'Nampak jalan di sana?” Lelaki itu kata 'ya'. Dia (menteri Malaysia) jawab, '10 peratus di sini' (rumah),” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.
Tidak tamat di situ, Raila menyambung ceritanya, selepas setahun, menteri Malaysia itu membuat lawatan balas ke Negara X dan turut dibawa berjalan-jalan sekitar negara itu dan ditunjukkan projek pembangunan.
Di sebelah petang, kata Raila lagi, menteri Malaysia itu dibawa untuk makan malam di rumah menteri Negara X.
“Dia masuk ke laman. Lamannya sebesar 5 ekar. Bila masuk ke dalam, dia dapati semua perabot diimport dari Eropah, dan banyak benda keemas-emasan. Dia nampak kolam renang bersaiz Olimpik.
“Dia (menteri Malaysia) tanya (menteri Afrika) bagaimana dia dapat semua ini.
“Dia dibawa ke beranda. 'Kamu nampak jalan di sana?'. Menteri Malaysia itu tidak nampak sebarang jalan. Kemudian, dia (menteri Afrika) itu memberitahu, “Seratus peratus di sini (rumah ini).”
Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/402337#T3aEW39WRsJIOWXG.99
0 Comments