Pengerusi kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap seorang "MP" di media sosial malam tadi.
Ia sehari selepas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap syarikat penerbangan tambang murah itu jika Ahli Parlimen (MP) Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengadu bahawa tiket sehala dari Sandakan ke Kuala Lumpur berharga RM2,000.
Fernandes membalas di Facebook dan Twitter dengan mengucapkan terima kasih kepada para menteri - Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Mah Siew Keong -kerana terbang dengan AirAsia dari Kuching ke Kuala Lumpur semalam.
Ketiga-tiga mereka berada di ibu negeri Sarawak untuk menghadiri pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
"Terima kasih kerana terbang dengan kami (saya) pasti kami telah (memberikan) tambang yang baik dan anda tidak membayar RM2,000. Kami telah (melakukan) begitu banyak untuk Malaysia Timur, namun beberapa MP tidak pernah berhenti mengadu," kata Fernandes di Facebook.Bung telah mengadu tentang tiket yang dikatakan mahal dari Sandakan ke Kuala Lumpur di Dewan Rakyat pada hari Isnin.
Sebagai responnya, Ab Aziz berkata tindakan akan diambil untuk mencegah AirAsia daripada mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan daripada waktu puncak.
Fernandes menjawab dengan mengatakan bahawa sebelum AirAsia dilancarkan, tidak ada penerbangan terus dari Sandakan ke Kuala Lumpur.
"Tertanya-tanya sama ada ahli parlimen yang sama akan mengadu mengenai lapangan terbang malaysia yang menaikkan caj sebanyak 100 peratus!!!" katanya.Sumber : MK
0 Comments