Memberi kebebasan menggunakan skrin sesentuh kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan ketagihan umpama memberi dadah kepada mereka.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Hanina Halimatusaadiah Hamsan berkata :
Penggunaan skrin sesentuh termasuk telefon pintar, tablet atau televisyen yang berlebihan atau berterusan boleh menyebabkan mereka mengalami gejala hampir sama seperti dialami individu ketagihan dadah.
Terlalu obses atau ketagihan skrin ini sama seperti ketagihan dadah kerana terlalu bergantung kepada perkara itu dan ia seperti berasa gian jika berhenti menggunakan gajet.
Contoh, anak kita yang bermain permainan video, kelakuan mereka akan lebih agresif, pernafasan laju, manakala kelenjar adrenalin dan dopamine meningkat, jadi kesannya sama seperti ketagihan kokain.
Ketagih skrin boleh menyebabkan kerosakan otak terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun kerana mereka tidak memiliki keseimbangan yang sihat antara masa bermain telefon dan masa melakukan aktiviti lain.
Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan dua hingga lima tahun adalah masa untuk proses pertumbuhan mereka termasuk perkembangan psiko sosial.
Dalam lingkungan umur ini, kanak-kanak perlu bersosial dan bukan melatih otak mereka dengan permainan video yang akan memberi tekanan kepada psikologi.
Ibu bapa juga perlu mengawal isi kandungan yang ditonton anak,
Sumber : HMetro
0 Comments