Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata akan mengekalkan BN dalam kerajaan meskipun ketegangan antara parti-parti gabungan Madani semakin memuncak ketika BN berusaha mendapatkan kuasa menerusi kerjasama baru dengan PN.
Berucap pada Kongres PKR, Anwar yang juga presiden parti itu, berkata dia mengekalkan BN dalam kerajaan demi kepentingan rakyat dan kestabilan negara.
“Itu pilihan saya. Pilihan mereka, biar mereka jawab,” katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya juga Anwar turut membuat satu dakwaan yang boleh mencetuskan ketegangan antara BN dan PN.
Ketika menafikan dakwaan bahawa pentadbirannya meminggirkan negeri-negeri yang diterajui PN, Anwar mendakwa pemimpin Umno pernah membantah pemberian peruntukan berkenaan.
“Rakan-rakan saya di Kedah, Kelantan dan Terengganu, banyak tegur saya. Banyak rakan-rakan dalam Umno tegur.
“(Mereka dalam Umno berkata) ‘Anwar, ini dasar yang salah. Kenapa bantu?’
Walaupun dia nampak bekerjasama di peringkat negeri, tetapi mereka tidak setuju saya luluskan bantuan untuk Kelantan, Terengganu dan sebagainya,” katanya.
0 Comments