Azwan Ali Maki Azmin Ali


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali ditempelak adiknya sendiri, Azwan Ali, gara-gara skandal rasuah melibatkan anak saudara mereka, Mohd Nuzul Fadli Mohd. Noriyualsaid yang diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), minggu lalu.

Azwan merupakan pelakon dan selebriti popular mengutuk perlakuan Azmin dan anak buahnya yang memalukan keluarga.
“Sudah jatuh ditimpa taik! sudahlah disaman berbilion dengan Syabas, anak kesayangan dicekup SPRM. Ni ker ilmu agama yang arwah bapa kau ajar?  Ini ker semangat pulut kuning mak kau yang baru saja arwah? Muhasabah,” 
Dalam pada itu, Azwan menyifatkan penahanan anak buahnya, Mohd Nuzul Fadli oleh SPRM merupakan balasan tuhan kerana meminggirkan beliau selama ini.
“Aku tatang kau macam minyak penuh sejak kecil! Kau antara anak saudara paling bernasib baik dapat sanjungan Azwan Ali. Tapi itu dulu! Bila kau kahwin, kau haram jemput Che Wan (Azwan Ali)? Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau. Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau! Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak habis caci hina Azwan Ali,” 
Mohd Nuzul Fadli dituduh terlibat dengan kes rasuah projek perlombongan pasir di Selangor dan serbuan SPRM ke kediamannya menemukan wang tunai lebih RM4 juta ringgit yang kemudiannya dirampas.

Akaun bank milik pemuda berusia 34 tahun itu juga turut dibekukan.

Menurut laporan media, Mohd Nuzul Fadli tidak bekerja namun mengamalkan kehidupan mewah dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara kepada Menteri Besar Selangor.

Herdikan Azwan dimuat naik di Facebook selang sehari kenyataan sama dibuat kakaknya, Ummi Hafilda Ali yang turut mengecam Azmin dan Mohd Nuzul Fadli.

Ummi secara sinis menyindir Azmin yang kononnya mahu membanteras rasuah namun ahli keluarga sendiri terpalit dengan gejala haram tersebut.

“Cakap berdegar-degar nak hapuskan rasuah tapi diri sendiri, keluarga dan kroni penuh tahi. Sebab itu saya menentang PKR dari dulu lagi hingga kini. Sebab saya tahu siapa ketua lanun mereka,” ujarnya.

Tambah Ummi, Arwah bapa mereka pernah berpesan untuk sentiasa muhasabah apabila ditimpa masalah walaupun ianya kecil.

"Cuba tanya pada diri, apakah dosa yang sudah buat??? Jangan menuding jari salahkan orang lain. Itulah kifarah penghapus dosa,” kata Ummi lagi.

Sumber : MalaysiaDigest

Post a Comment

2 Comments