Bank Negara Malaysia kini dalam perancangan untuk mengeluarkan beberapa garis panduan berkaitan arena kewangan digital dan sebagainya.
Bank Negara Malaysia mengatakan kini secara purata, transaksi Bitcoin dan altcoin mencapai RM75 juta setiap bulan di Malaysia.Angka ini dikeluarkan berdasarkan kepada empat pertukaran matawang digital popular, iaitu Luno (klik link utk register), Coinhako, Xbit Asia, dan juga PinkEchange.
Mata wang digital ini adalah tidak sah di Malaysia, tetapi pihak bank negara tidak menghentikan pertukaran yang dilakukan oleh pengguna.
Bank Negara dikatakan akan bertemu dengan ke-empat-empat pertukaran matawang digital popular berkenaan untuk berbincang lanjut mengenai arena yang semakin popular ini.
Sumber : Amanz
0 Comments