SICHUAN - CHINA. Polis menjalankan operasi memburu besar-besaran selepas menerima laporan seorang kanak-kanak dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Menurut laporan SCMP, mayat mangsa yang berusia 14 tahun dan tidak didedahkan namanya ditemui di Shangluo, pagi semalam.
Ketika kejadian, dua orang murid lain yang berada tidak jauh di hadapan mangsa terdengar jeritan mangsa.
Saksi bagaimanapun tidak nampak suspek disebabkan kabus tebal.
Sebuah cangkul dipercayai senjata pembunuh ditemui berhampiran mayat mangsa.
Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Sumber : SH
0 Comments