Dibelasah "Kekasih" Tunang Sendiri


Seorang lelaki cedera di kepala dan badan selepas dibelasah kira-kira 20 samseng yang dipercayai rakan kepada teman lelaki tunangnya, di Kluang, Johor, Khamis lalu.

Dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa dikatakan telah dihubungi oleh teman lelaki baharu kepada tunangnya yang mengajak untuk bertemu dan menyelesaikan masalah yang timbul secara baik.

Menurut sepupu mangsa yang dikenali sebagai Umi Maisara, mangsa telah datang seorang diri dan bertemu lelaki itu di sebuah restoran mamak.

“Dia meminta sepupu saya datang ke kedai mamak tempat dia dan kekasihnya lepak. Sepupu saya datang seorang diri untuk menyelesaikan masalah dengan cara baik seperti yang dikatakan.
“Selepas sepupu saya sampai di tempat itu, kekasih perempuan itu telah memukul sepupu saya. Tidak lama selepas itu, muncul 20 orang lelaki dari arah berlainan terus memukulnya beramai-ramai,” katanya.


Laporan Palsu

Umi mengesyaki kejadian itu sudah dirancang dan mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
“Penjenayah masih telepas. Tunang sepupu saya juga telah membuat laporan palsu dan mendakwa sepupu saya yang menyerangnya.
“Segala bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan perbualan antara sepupu saya dan perempuan itu juga telah disimpan sebagai bahan bukti.

“Saya harap pihak polis menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan segera,” katanya.


Sumber : TT

Post a Comment

7 Comments

  1. Nasib baik tunang.. Tuhan dh tunjuk perangai.

    ReplyDelete
  2. Telah tonton rakaman cctv dalam blog lain, memang perempuan itu membuat laporan bohong. Harap semua penjenayah menerima hukuman.

    ReplyDelete
  3. mana video admin woiii!!!

    ReplyDelete
  4. Saudara 10:39, videonya ada di atas tu. Adoi...

    ReplyDelete
  5. Sudah bertunang tapi masih melepak dengan lelaki lain? Apa ni? Nasihat saya kepada lelaki yang kena pukul itu, lupakanlah orang macam tu, nanti kalau berumah tangga makin banyak onarnya. Kepada pihak polis, jejaklah lelaki "ganas" itu dan kawan-kawannya, terutama yang bertindak memukul mangsa dengan kerusi yang juga melakukan khianat ke atas motosikal mangsa. Memang kumpulan remaja Melayu tidak beradab. Orang macam mereka elok dihantar ke Palestin dan diletakkan di tengah-tengah medan krisis Israel - Palestin, biar mereka terkencing dan terberak di situ.

    ReplyDelete
  6. Tengok Muka tunangnya pun macam Minah "Tabung" je, mesti lepas belasah tu ada "habuannya" pada tukang belasah" He he he!

    ReplyDelete